Wednesday, June 10, 2009
blei x cuti stengah ari??hee
kakak kite blk la..
kite nak dok umah..
lgpun sabtu ni kakak kite tunang..
liat lak nak keje jumaat ni..agak2 klu ponteng jer..bisa nggakk???
heheee...
huhuuuuu..
hahaaaa..
Monday, June 8, 2009
cirit birit..huhu
tup tup blk umah teros sakit perut..
kebetulan zura n family pun ke tempat yg same ngan aku...
pepagi ni td da msg suh gtau sv die mc..pas mkn ubat pg td ingat da ok..so aku g la keje..
08:06am...aku ke tandas ofis...kakak ofis gtau da td air xde kat jbtn..
aku cepat2 g toilet tok kali ke5nyer..huh..naseb bek ade air..
memang xlei jadik ni..jap g pas uruskan keje kat cni..nak tros blk jer..
itupun klu perot pedih ag..
klu x..teruskan je dok kat ofis ni..
Saturday, June 6, 2009
wedding day..hee
Friday, June 5, 2009
Thursday, June 4, 2009
tutt..tutt..
tutt..tutt..
..
..
..
ish nape lak xlei ni??
zura, lg skali..
ala..xlei la..
tut..tut..
tutt..tutt..
zura:"test,test"
jap, xlei ni..
tgk setting die dulu..
ha edit la setting die tu..
try ty aizudin jap la..
pastu...
aizudin:"dgr x?"
aku:"xdgr pun...huu"
ala tensen btol..die lei aku xlei..huu..
ape la keje aku arini...
bOs xde wei...aku jadik bos arini...
ahaha..
Wednesday, June 3, 2009
pap..pap..
papp...papp..
...
...
...
...
papp..papp..
hahakk..ape mende tuh??..tp tu la keje aku arini..hahakk..
lenguh..lenguh..
hehe
Tuesday, June 2, 2009
ape silapnye di sini..?
by Henry David Thoreau
Does every man is a builder of a temple?
Remaja Kita Kian Parah..
(bace bhgn bewarna utk memudahkan bacaan & pemahaman..hee.tq..overall case dat relate to my research paper)
Remaja makin bangga, seronok buat jenayah
MEREKA mencuri, merogol, menjual diri, membunuh selain terbabit pergaduhan dan samseng. Malah ada yang bertindak di luar batasan adab dan pegangan apabila sanggup menjual diri pada harga serendah RM50 setiap pelanggan untuk mendapatkan wang.
Ini bukanlah profil penjenayah yang diburu mahupun sudah bergelar banduan, sebaliknya senario terkini golongan pelajar yang kian membimbangkan.
Pelajar yang menjadi harapan sebagai generasi pelapis dan sepatutnya bergelut memperlengkapkan diri menjadi insan serba boleh demi masa depan, sebaliknya mencurah tumpuan dan masa muda berharga dengan melakukan pelbagai jenayah seperti mereka yang bertaraf profesional.
Atas alasan mahu mendapatkan populariti, meraih wang mudah serta mendapat perhatian rakan sebaya, pelajar berusia 13 hingga 18 tahun ini sudah tidak lagi malu melakukan jenayah.
Silap jika ada yang beranggapan ini trend semasa bersifat sementara dan hanyalah gelojak jiwa muda remaja yang lebih suka mencuba perkara baru.
Buktinya, statistik serta kajian pihak berkuasa, badan bukan kerajaan (NGO) serta institusi pengajian tinggi tempatan, menunjukkan betapa jenayah pelajar di dalam mahu pun di luar sekolah, bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan.
Ia diakui sendiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, minggu lalu yang memetik statistik menunjukkan peningkatan kes jenayah bunuh, rogol, samun, merusuh, mencuri dan kesalahan lain membabitkan anak muda itu.
Selain peningkatan kes, jumlah tangkapan pelajar berumur antara 13 hingga 18 tahun juga turut mencatatkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.
Buktinya, bagi sepanjang 2007, sejumlah 1,836 kes jenayah dilaporkan dengan 3,383 pelajar ditahan. Angka itu meningkat sebanyak 382 kes kepada 2,218 kes tahun lalu yang menyaksikan seramai 3,725 pelajar ditahan.
Belum pun reda kejutan akibat kenyataan Musa, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye pula mendedahkan, dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini saja, seramai 295 pelajar berusia antara 13 hingga 18 tahun terbabit pelbagai kes jenayah termasuk membunuh.
Sambil mengakui trend itu amat membimbangkan, Lee berkata kebanyakan pelajar itu terbabit dalam kes curi motosikal selain kes pecah rumah, mencederakan orang lain dan rogol. Lebih menyedihkan, walaupun kelab pencegahan jenayah sudah dilancarkan di 3,764 sekolah sejak 1994, ia ternyata tidak berjaya membendung kadar peningkatan jenayah di kalangan pelajar.
Keadaan juga tiada jauh bezanya di sekolah. Hasil kajian Petunjuk Keselamatan dan Jenayah di Sekolah anjuran Universiti Malaya yang diumumkan tahun lalu, menunjukkan empat masalah utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme atau samseng.
Kajian setahun pada 2006 – 2007 dilakukan Pensyarah Fakulti Pendidikan UM Profesor Madya Dr Tie Fatt Hee, membabitkan 740 responden di kira-kira 12 sekolah di Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
“Kajian awal ini cuma membabitkan pelajar berusia 16 tahun yang disifatkan tahap usia penting sebelum memasuki Tingkatan Lima dan seterusnya menyertai masyarakat. Apa yang boleh dirumuskan, jenayah di sekolah tetap berlaku sama ada di kawasan bandar mahu pun luar bandar.
“Bagi saya, perkembangan ini amat membimbangkan biarpun hakikatnya jenayah di sekolah ini masih dianggap terkawal jika dibandingkan dengan bilangan murid di seluruh negara,” kata Dr Tie ketika ditemui, baru-baru ini.
Lebih membimbangkan, katanya, 46 peratus responden itu mengakui pembelajaran mereka terganggu akibat ancaman jenayah di sekolah yang sekali gus boleh menjejaskan pencapaian akademik mereka.
“Kita perlu ingat, masalah disiplin di sekolah ini bukanlah sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba sebaliknya ia membabitkan proses yang berpanjangan. Seperti juga penyakit, ia mempunyai simptom atau petanda awal tertentu yang perlu ditangani seberapa segera.
“Jika ia dibiarkan melarat, tanpa sebarang tindakan oleh pihak sekolah, jenayah ini boleh melarat melangkaui kawasan sekolah.”
Dr Tie yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan dan undang-undang, berkata apa yang menyedihkan, majoriti pelajar yang ditemui menerusi kajian itu, mengakui menjadikan kawan atau rakan sebagai rujukan utama dalam sistem sokongan mereka.
“Di mana peranan ibu bapa dan guru-guru yang sepatutnya di hierarki atas sistem sokongan itu dan menjadi tempat utama pelajar mengadu masalah mereka? Ini jelas menjadi satu kepincangan kerana kita perlu sedari, ada bahayanya apabila pelajar menjadikan rakan sebagai pakar rujuk mereka, terutama jika rakan itu juga bermasalah.”
Sehubungan itu, beliau menegaskan, sudah tiba masanya semua pihak – ibu bapa, sekolah dan masyarakat menggembleng tenaga bagi mengatasi masalah jenayah di kalangan pelajar ini.
“Guru yang menyedari pelajar bermasalah perlu segera memaklumkan kepada pihak sekolah bagi tindakan susulan termasuk memanggil ibu bapa dan pihak polis. Ibu bapa pula harus bersikap prihatin apabila dipanggil dan bukannya menuding jari ke arah pihak sekolah.
“Selain itu, kita juga harus menerapkan kepentingan kaedah pendidikan berkaitan undang-undang yang mana pelajar didedahkan dengan jenayah dan jenis hukuman serta hak mereka,” katanya.
INFO: Masalah juvana
1. 5.4 juta pelajar di seluruh negara
2. Indeks pembabitan pelajar dalam jenayah 0.03 peratus berbanding jumlah keseluruhan
3. Usia pelajar bermasalah 13 – 18 tahun
4. Statistik polis: 2007 – 1,837 kes jenayah dan 3,383 pelajar ditahan; 2008 – Meningkat kepada 2,218 kes dan 3,725 pelajar ditahan.
5. Kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dengan kerjasama Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Malaysia, 48.1 peratus mat rempit berpunca akibat kebosanan, 38 peratus bertujuan mengisi masa lapang dan 27.8 peratus dipengaruhi kawan.
6. Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia – Seramai 295 pelajar terbabit dalam pelbagai jenayah sepanjang tempoh dua bulan pertama tahun ini.
7. Kajian Universiti Malaya – masalah disiplin utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme.
Monday, June 1, 2009
Finally...hurrmmm
And my heart springs anew,
Bright and confident and true,
And the old love comes to meet me, in the dawning and the dew.
Finally..akhirnye..akhiran...
dapat jugak data yg aku nak...
Terima kasih Tuhan..
Memudahkan Segala Urusan..
Terima Kasih teman..
Bagi idea di kala kebuntuan..huhu
Mgu ni tgl lepak2..
g umah member kawen..
g tdo umah Dil..tmnkan die kat umah tu..
NEXT WEEK..blei stat wat projek..
Kol 12 lebey tadi br je setel sume keje.
dgn penuh debaran..
pepagi dah g jmp ketua sektor mnt kelulusan..
pastu gerak g Unit HEM...
jmp En Razali..bincang itu ini..
alhamdulillah die kasi ape yg aku nak...
huhu..terharu btol plan C tecapai..
klu x kene wat plan D lak..hoho..
jadik kengkawan..slamat bejuang tok projek masing2 k..
Aja Aja Fighting...Yossshh